Sunday, February 5, 2012

BAB 15


KEMBARA AMIRA BAB 15
Pengenalan
Menjengah muka surat 177 - 188, pembaca dihidangkan dengan kisah kunjungan Amira ke perkampungan Itai menantikan keputusan perbicaraan adat tentang tindakannya bersama-sama Itai mengambil seketul emas daripada sungai. Amira lebih rela tidak menyerahkan emas itu kepada Jacinta yang juga hadir di situ, tetapi Jacinta tidak mengetahui apa-apa tentang hadiah yang sepatutnya menjadi miliknya itu. Ludin dan Tau jelas mempertahankan tindakan Itai, yang ditunjuk sebagai bakal pemimpin perkampungan, walaupun terdengar hujah sebaliknya dalam satu majlis persidangan adat.

Analisis Peristiwa Penting

Amira tetap menyimpan rahsia tentang emas yang diambilnya dari sungai bersama-sama Itai walaupun dia ingin sekali berkongsi cerita dengan Jacinta. Amira sanggup melupakan hasrat untuk menjadikan emas itu sebagai hadiah kepada Jacinta, sebaliknya diserahkan kembali kepada majlis adat perkampungan Tau yang dikunjunginya.

Watak:  Amira
Perwatakan:  Amanah
Latar masyarakat:  Masyarakat yang amanah / masyarakat murid sekolah
Nilai:  Kejujuran / amanah
Persoalan:  Kejujuran / amanah dalam persahabatan
Pengajaran:  Kita hendaklah jujur / amanah dalam menyimpan rahsia / persahabatan

Amira dapat menebak sesuatu yang tidak kena apabila Tau hanya menunjukkan reaksi bersahaja apabila cerita makhluk misteri dimaklumkan kepadanya. Naluri Amira mengatakan Tau hanya berlakon dan menyembunyikan sesuatu tentang kemunculannya menyergah mereka (Amira dan Tau) tidak jauh dari kawasan mereka menyaksikan makhluk misteri.

Watak:  Amira
Perwatakan:  Bijak / panjang akal
Latar masyarakat:  Masyarakat yang bijak / panjang akal / remaja perempuan
Nilai:  Kebijaksanaan
Persoalan:  Kebijaksanaan dalam mebaca tingkah laku
Pengajaran;  Kita hendaklah bijak membaca tingkah laku orang lain

Ludin dan Tau bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan Amira dan Itai mengambil seketul emas dari sungai berhampiran perkampungan mereka. Mereka yakin bahawa rahsia itu tidak akan pecah memandangkan Jacinta jelas tidak mengetahui perihal emas itu. Tau hingga sanggup memepertahankan Itai dengan darahnya sendiri.

Watak:  Ludin / Tau
Perwatakan:  tegas / berani
Latar masyarakat:  masyarakat yang tegas / berani / masyarakat orang Asli / masyarakat pemimpin adat
Nilai:  ketegasan / keberanian
Persoalan:   ketegasan / keberanian dalam berhujah / menegakkan pendirian
Pengajaran:  kita hendaklah tegas / berani dalam berhujah / menegakkan pendirian

Itai menjelaskan proses membuat keputusan dalam persidangan adat yang membicarakan dirinya. Itai akan akur dengan keputusan sidang adat itu.

Watak:  Itai
Perwatakan:  patuh / taat
Latar masyarakat:  masyarakat remaja orang Asli / masyarakat calon pemimpin / masyarakat yang patuh / taat
Nilai:  kepatuhan / ketaatan
Persoalan:  kepatuhan / ketaatan terhadap keputusan organisasi / kumpulan
Pengajaran:  kita hendaklah patuh / taat kepada keputusan organisasi / kumpulan

BAB 14


KEMBARA AMIRA BAB 14
Pengenalan

Muka surat 164 - 176 novel berkisar pada kisah Malique dan Roslan, di samping kemunculan watak Ah Chin yang berang dengan kehilangan pekerjanya, manakala O'Hara masih enggan mendedahkan kunci rahsia tentang hubungannya dengan Malique. Imbas kembali pertemuan Malique dengan Amira yang menyedarkan Malique akan had perkenalan biasa yang dikehendaki Amira. Malique berharap dapat menjadi "pembelot" supaya projek cari gali emas tidak berjaya, sedangkan Roslan berharap sebaliknya supaya dia dapat bekerja lebih lama di situ. Keputusan Malique mengikut Roslan menjejak pekerja hilang itu berakhir dengan kenderaan pacuan empat roda mereka akhirnya tertolak ke dalam gaung ketika Roslan cuba mendapatkan bantuan.

Analisis Peristiwa

1   Malique cuba merujuk Roslan tentang kekecohan apabila Ah Chin marah-marah disebabkan kehilangan pekerja baharu sejak dua hari. Roslan tidak menyenangi kerenah pekerja baharu yang menyebabkan kerja menggerudi ditangguhkan. Roslan berharap dapat terus bekerja di situ.

Watak:  Roslan
Perwatakan:  jujur / rajin
Latar masyarakat:  masyarakat yang jujur / rajin
Nilai:  kejujuran / kerajinan
Persoalan:  kejujuran / keyakinan dalam persahabatan / pekerjaan
Pengajaran:  kita hendaklah jujur / rajin dalam persahabatan / pekerjaan

2  Amira dapat menebak bahawa Malique mengharapkan lebih daripada sebuah persahabatan. Cara Malique bercakap, memuji dan merenungnya mudah dibaca oleh Amira sebagai tingkah laku tipikal lelaki yang hendak menggoda perempuan cantik sepertinya. Amira cepat-cepat meletakkan garis sempadan bahawa dia sekadar ingin tahu lelaki tua yang bersama-sama Malique di dalam kereta api.

Watak:  Amira
Perwatakan:  bijak / tegas / menjaga maruah
Latar masyarakat:  masyarakat yang bijak / tegas / menjaga maruah
Nilai:  kebijaksanaan /  ketegasan / jati diri
Persoalan:  kebijaksanaan /  ketegasan / jati diri seorang remaja perempuan
Pengajaran:  kita hendaklah bijak / tegas / menjaga maruah dalam pergaulan

3   Semasa menuju khemah O'Hara, Malique sempat mengimbas kembali kata-kata Amira tentang misteri ibu Malique yang begitu mesra melayan O'Hara, kemudian mendesak Malique mengikut O'Hara ke hutan. O'Hara meminta Malique tidak ikut campur akan kekecohan yang berlaku, sambil cuba mengalihkan perhatian dengan memuji kerja kemas kini data ke dalam komputer. Malique terus mendesak penjelasan O'Hara tentang nasib hutan dan hubungan mereka berdua.

Watak:  Malique
Perwatakan:  berterus terang / suka mendesak
Latar masyarakat:  masyarakat yang berterus terang / suka mendesak
Nilai:  Terus terang / kejujuran
Persoalan:  Terus terang / kejujuran dalam komunikasi
Pengajaran:  Kita hendaklah berterus terang / jujur dalam komunikasi

4  Malique terus melompat ke dalam kenderaan pacuan empat roda Roslan walaupun tidak memaklumkannya kepada Ah Chin atau O'Hara. Dalam perbualan mereka, nyata impian Malique untuk menyelamatkan hutan bertentangan dengan impian Roslan yang berharap projek cari gali emas menjadi kenyataan. Hujan lebat menyebabkan kenderaan mereka tersangkut. Ketika Roslan keluar mendapatkan bantuan, Malique yang tinggal di dalam kereta dirempuh aliran lumpur hingga masuk gaung.

Watak:  Malique
Perwatakan:  berani / tegas
Latar masyarakat:  masyarakat yang berani / tegas
Nilai:  keberanian / ketegasan
Persoalan:   keberanian / ketegasan dalam membuat keputusan
Pengajaran:  kita hendaklah berani / tegas dalam membuat keputusan

BAB 13


KEMBARA AMIRA BAB 13
Pengenalan
Pembaca novel Kembara Amira mula memasuki fasa saspens sebaik sahaja membuka halaman 148 hingga 163. Amira yang mengikut Itai (bukan mahramnya) untuk mendapatkan emas buat menghiburkan Jacinta berhadapan dengan peristiwa lembaga makhluk misteri di kawasan berkenaan. Kemudian, ketika mereka menuju ke rumah Tau bagi mendapatkan perlindungan, mereka disergah oleh satu lembaga...

Analisis Peristiwa Penting


1   Amira bertekad membuktikan betapa bermakna persahabatannya dengan Jacinta dengan kesanggupan mengikut Itai (bukan mahram) merentasi hutan dan sungai yang penuh misteri. Amira mahu mengutip sendiri emas sebagai hadiah kepada Jacinta.


Watak:  Amira
Perwatakan:  berani / gigih / menghargai persahabatan 
Latar masyarakat:  masyarakat yang berani / gigih / menghargai persahabatan
Nilai:  keberanian / kegigihan / kesetiakawanan 
Persoalan:  keberanian / kegigihan  / setia kawan sesama remaja
Pengajaran:  kita hendaklah  berani / gigih menempuh cabaran


2   Itai akhirnya menceritakan misteri tentang seorang penebang balak yang digantung songsang oleh "seekor binatang berkaki dua". Hutan seakan-akan dilindungi daripada penceroboh.


Watak:  Itai
Perwatakan:  jujur
Latar masyarakat:  masyarakat yang jujur
Nilai:  kejujuran
Persoalan:  kejujuran dalam komunikasi
Pengajaran:  kita hendaklah jujur dalam komunikasi

3   Sebelum menyuruh Amira mengutip emas, Itai menceritakan kisah tamadun Pompei yang musnah akibat ketamakan pencari emas. Walaupun sebagai orang ketiga yang tahu lokasi emas di situ, Amira hanya dibenarkan mengutip satu sahaja.



4   Amira dan Itai tiba-tiba menyaksikan sendiri "binatang berkaki dua" mengerjakan seorang penceroboh hutan. Itai seperti mahu menyalahkan Amira yang terlepas cakap, sambil mencari jalan untuk mereka lari dari situ.


Watak:  Itai
Perwatakan:  bijak
Latar masyarakat:  masyarakat yang bijak
Nilai:  Kebijaksanaan
Persoalan:  Kebijaksanaan dalam komunikasi / membuat justifikasi
Pengajaran:  Kita hendaklah bijak dalam komunikasi / membuat justifikasi


5  Ketika Itai bersama-sama Amira menuju rumah Tau untuk mencari perlindungan, mereka disergah satu lembaga. Itai bersedia dengan parang, manakala Amira rebah.

Watak:  Itai
Perwatakan:  tangkas
Latar masyarakat:  masyarakat yang tangkas
Nilai:  ketangkasan
Persoalan:  ketangkasan dalam bertindak
Pengajaran:  kita hendaklah tangkas dalam bertindak

Unsur kbkk


1   saspens: kaitan antara "binatang berkaki dua" dengan Tau

2   kawalan longgar terhadap anak: Prof. Zaidah tidak memantau dengan ketat pergerakan Amira yang keluar dengan bukan mahram

BAB 12


KAJIAN KEMBARA AMIRA BAB 12
Pengenalan

Bab ini berkisar kepada banyak tanggapan yang separuh benar kerana kekurangan maklumat. Profesor Zaidah cuba melegakan kerisauan Ludin tentang masa depan petempatan mereka, Itai yang bertanyakan Jacinta tanpa usul periksa, dan kehadiran Malique secara tiba-tiba di Desa Karpus. Jawapan yang dicari-cari juga masih tidak kesampaian.

Analisis Peristiwa Penting

1   Rawatan (tuk batin) Ludin berjaya menyembuhkan tangan kiri Profesor Zaidah yang tercedera akibat kemalangan dalam tempoh tiga hari. Profesor Zaidah memohon maaf kerana sebelumnya ragu dengan kaedah balutan buluh itu, dan terpaksa melaluinya kerana jarak hospital yang jauh.

Watak:  Profesor Zaidah
Perwatakan:  Berterus terang
Latar masyarakat:  Masyarakat yang berterus terang
Nilai:  Kejujuran
Persoalan:  Berterus terang / kejujuran dalam berkomunikasi
Pengajaran:  Kita hendaklah berteus terang / jujur dalam komunikasi

2   Ludin sudi mendengar penjelasan Profesor Zaidah tentang kajian arkeologi mereka walaupun belum tentu dia memahaminya. Amira menyifatkan Ludin sebagai "mangsa" seperti dirinya. Itai pula mengatakan Ludin sudah terbiasa bersedia mendengar kerana sebagai Tuk Batin, Ludin sentiasa melayan aduan anak buah.

Watak:  Ludin
Perwatakan:  Pendengar yang setia
Latar masyarakat:  Masyarakat yang sedia mendengar cerita orang lain
Nilai:  Kesetiaan
Persoalan:  Kesetiaan dalam melayan percakapan orang lain
Pengajaran:  Kita hendaklah bersedia mendengar penjelasan yang munasabah

3   Bagi menebus kesilapannya bertanyakan soalan yang menyebabkan Jacinta tersinggung, Itai mengajak Amira mencari emas di hutan yang akan dihadiahkan sebagai tanda permohonan maaf. Supaya menjadi kejutan, pemergian mereka berdua tidak dimaklumkan kepada sesiapa pun, termasuk ibu Amira.

Watak:  Itai
Perwatakan:  Peka / prihatin
Latar masyarakat:  Masyarakat yang peka / prihatin
Nilai:  Kepekaan / keprihatinan
Persoalan:  Kepekaan / keprihatinan terhadap perasaan orang lain
Pengajaran;  Kita hendaklah peka / prihatin terhadap perasaan orang lain

4   Ludin cuba menyokong penjelasan teori Profesor Zaidah dengan pengalamannya sendiri  di hutan. Rusdi tertarik dengan komunikasi berlainan minda itu dengan penuh minat.

Watak:  Rusdi
Perwatakan:  Menghormati orang lain
Latar masyarakat:  Masyarakat yang menghormati orang lain
Nilai:  Hormat-menghormati
Persoalan:  Hormat-menghormati sesama manusia
Pengajaran:  Kita hendaklah menghormati orang lain tanpa mengira status

5   Malique cuba mendapatkan maklumat tentang Amira daripada Jacinta. Namun, disebabkan Malique menjawab pertanyaan Jacinta dengan soalan juga, Jacinta mulai berasa tidak selesa, serta mencari akal untuk mengenakan Malique. Apabila diperkenalkan kepada Profesor Zaidah, Malique berjaya menonjolkan dirinya sebagai kawan Amira yang boleh dipercayai.

Watak:  Malique
Perwatakan:  Tidak mudah putus asa
Latar masyarakat:  Masyarakat yang tidak mudah berputus asa
Nilai:  Tegas diri / teguh pendirian
Persoalan:  Tegas diri / teguh pendirian dalam merungkaikan kemusykilan
Nilai:  Kita hendaklah tegas diri / teguh pendirian dalam merungkai kemusykilan