Saturday, October 6, 2012

CERPEN "MENCARI NAFAS BAHARU"


Genre sastera:  prosa moden / cerita pendek
Penulis:  Ayusari MJ
Sumber ambilan:  Antologi Harga Remaja, muka surat 102 - 106

Watak utama:  Ana / Cikgu Ana / guru SMK Kampung Chat, Hulu Pahang / siswazah universiti tempatan
Watak pembantu:  Milah (murid tingkatan 3 / anak sulung / tinggal di kampung Lenjun / pesakit leukimia imfoblastik)
                           :  emak Milah / pekedai runcit
                           :  Dr. Izah  / pegawai perubatan Hospital Daerah Kuala Lipis

Teknik penceritaan:  Imbas kembali

Tema:  Dedikasi / kecekalan / kegigihan seorang guru / pendidik

Latar tempat: Kampung Chat, Hulu Pahang
                   :  Sungai Kuah
                   :  Kampung Lenjun / tempat tinggal keluarga Milah
                   :  Hospital Daerah Kuala Lipis
                   :  utara Semenanjung / tempat lahir Cikgu Ana

Latar masa:  7.00 pagi (Cikgu Ana mengadakan kelas tambahan / ketika berbual dengan Milah)
                 :  hujung minggu (Cikgu Ana ke Kampung Lenjun, rumah Milah)
                 :  petang (Cikgu Ana menumpang bot muridnya untuk menjenguk Milah yang 3 hari tidak hadir)
                 :  hari Jumaat (Cikgu Ana bergegas ke hospital untuk melawat Milah)
                 :  tempoh rawatan kemoterapi Milah selama 6 minggu
                 :  9.45 pagi (Milah menghembus nafas terakhir)

Sinopsis cerpen

Walaupun kenangan bersama Milah dan Kampung Chat masih melekat dalam fikiran Cikgu Ana, dia tidak mahu kenangan itu menyebabkan perasaannya menjadi lemah. Maka, dia mengambil keputusan memohon bertukar ke kampung halamannya dan telah diluluskan. Walaupun telah meninggalkan Kampung Chat, kenangan Ana masih di sana dan dia berharap agar tugasnya diteruskan oleh guru yang lain pula.

Ana sudah jatuh hati dengan Kampung Chat sejak melaksanakan penyelidikan sastera rakyat, dan hasrat untuk bertugas di situ termakbul. Ana ialah guru tingkatan Milah. Walaupun agak pendiam, Milah memiliki daya tarikan tersendiri sebagai murid yang lincah. Setiap hujung minggu, Cikgu Ana akan ke rumah Milah menaiki bot bersama Milah. Cikgu Ana bahagia dapat membantu ibu Milah berniaga runcit. Cikgu Ana membantu murid tidak kira masa dan mengalu-alukan murid belajar di rumah guru yang dihuninya. Pencapaian akademik dan kokurikulum SMK Kampung Chat mula menunjukkan peningkatan.

Apabila 3 hari berturut-turut Milah tidak hadir ke sekolah, Cikgu Ana segera menumpang bot untuk menjenguk Milah yang dikatakan demam. Milah pucat lesi, lesu dan gusinya sering berdarah, manakal lengannya lebam. Rawatan kampung tidak berkesan, lalu ayah Milah bersetuju ke hospital. Dr. Izah mengesahkan Milah menghidap leukimia. Pelbagai ujian dan suntikan dilakukan bagi memastikan tahap penyakit, terutama jika melarat ke sistem urat saraf dan otak. Cikgu Ana tahu bahawa ayah Milah menderita walaupun pada zahirnya nampak tenang, manakala ibu Milah harus berada di rumah.

Rawatan kemoterapi selama 6 minggu gagal memulihkan Milah. Pilihan yang ada bagi menyelamatkan Milah daripada serangan barah darah itu ialah pemindahan tulang sum-sum. Kebetulan tulang sum-sum Cikgu Anan sesuai, tetapi takdir menentukan bahawa hal itu tidak sempat dilakukan. Walaupun terkilan,Cikgu Ana tetap pasrah (berserah / reda) dengan ketentuan Ilahi yang sudah pasti ada hikmah (blessing in disguise) di sebaliknya. Ana meninggalkan Kampung Chat dengan sayu dengan diiringi oleh laungan azan oleh tuan imam.

Perwatakan:  cekal / gigih / dedikasi / bersungguh-sungguh
                  :  mesra / ramah
                  :  ambil berat / peka / prihatin
                  :  pasrah / berserah / reda

Latar masyarakat:  masyarakat di kawasan pedalaman
                          :  masyarakat warga sekolah / masyarakat murid sekolah / masyarakat guru sekolah
                          :  masyarakat yang cekal / gigih / dedikasi / bersungguh-sungguh
                          :  masyarakat yang mesra / ramah
                          :  masyarakat yang ambil berat / peka / prihatin
                          :  masyarakat yang pasrah / berserah / reda dengan ketentuan Ilahi

Nilai murni:  kecekalan / kegigihan / kesungguhan, kemesraan / keramahan, kepekaan / keprihatinan / kepasrahan

Persoalan:   kecekalan / kegigihan / kesungguhan dalam menjalankan tugas / dalam pembelajaran
               :   kemesraan / keramahan dalam komunikasi
               :   kepekaan / keprihatinan terhadap nasib orang lain
               :  kepasrahan / keredaan terhadap ketentuan Ilahi

Pengajaran:  kita hendaklah cekal / gigih / bersungguh-sungguh / berdedikasi dalam menjalankan tugas / pembelajaran
                 :  kita hendaklah mesra / ramah dalam komunikasi / pergaulan
                 :  kita hendaklah peka / prihatin terhadap nasib orang lain
                 :  kita hendaklah pasrah / berserah / reda terhadap ketentuan Ilahi

kbkk:  kemudahan rawatan di kawasan pedalaman
        :  pengorbanan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman
        :  pergantungan kepada perubatan tradisional

Friday, February 17, 2012

1:05 AM - No comments

LATIHAN



1. Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
(i) Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa.
(ii) Sudahkah awak membaca novel tulisan A. Samad Said itu ?
(iii) Jamaliah baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.
(iv) Wah, awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini!
(v) Jangan memuji saya berlebih-lebihan.
(vi) Syabas, teruskan usaha murni awak!
[6 markah]
2. Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Pelajar yang cacat penglihatan itu gigih sungguh.
(ii) Ibunya masih belum pulang dari pejabat .
(iii) Murid-murid kelas tadika itu berkejar-kejaran di padang sekolah.
(iv) Dia menulis rencana itu di bilik bacaan.
(v) Semua umat Islam wajib bertawakal kepada Allah.
[6 markah]
3. Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.
Kita berasa terkilan apabila melihat kemasukan warga asing ke negara ini yang semakin bertambah walaupun kerajaan sudah mengambil tindakan yang sewajarnya. Hal ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sebilangan kecil rakyat kita sendiri kerana mereka bukan sahaja telah memberikan peluang pekerjaan kepada warga asing, malah menyeludupkan warga asing masuk ke negara ini.
[6 markah]
4. Tukar ayat-ayat pasif di bawah ke bentuk ayat aktif tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.
(i) Kampung itu dilanda banjir besar.
(ii) Harta benda mereka yang hanyut tidak dapat diselamatkan oleh orang kampung.
(iii) Perahu kami gunakan untuk memindahkan mangsa banjir.
(iv) Mangsa banjir turut dibantu berpindah ke tempat yang selamat oleh orang ramai.
(v) Bantuan wang ihsan untuk meringankan beban kesusahan yang dialami oleh
mangsa banjir disalurkan oleh kerajaan.
(vi) Bekalan makanan dan keperluan harian untuk mangsa banjir tersebut turut
disumbangkan oleh sektor swasta .
[6 markah]

1:03 AM - No comments

PERIBAHASA


SOALAN-SOALAN LATIHAN

Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.

(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

Aspek: Peribahasa (soalan) 
Peribahasa - Latihan 1
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.

(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.

(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.

(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

Aspek: Peribahasa (soalan)
Peribahasa - Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Aspek: Peribahasa (soalan)
Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.

(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

Aspek: Peribahasa (soalan)
Peribahasa - Latihan 4
Lengkapkan peribahasa yang berikut.

(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

(ii) Banyak udang, banyak garam

(iii) Lain hulu lain parang

(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain

(v) Tak tumbuh tak melata

(vi) Ada ubi ada batas

Aspek: Peribahasa (soalan)
Peribahasa - Latihan 5
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.

(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya.

(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.

(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

Aspek: Peribahasa (soalan)
Peribahasa - Latihan 6
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-­sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

Aspek: Peribahasa (soalan)
Peribahasa - Latihan 7
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut.

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.

(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya.

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

Aspek: Peribahasa (soalan)
Peribahasa - Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
Aspek: Peribahasa (soalan)
Peribahasa - Latihan 9
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....

ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.

iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....

12:56 AM - No comments

CAKAP AJUK CAKAP PINDAH



1. Pastikan tiada kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca dalam ayat yang dibina.

2. Perkataan tidak boleh digunakan sebagai peribahasa.

3. Perkataan tidak boleh digunakan sebagai kata nama khas.

4. Calon boleh memberikan makna atau difinisi bagi setiap perkataan.

5. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda baca.

6. Jangan menambah atau mengubah imbuhan perkataan yang diberi.

7. Bina ayat tunggal dengan pengkhususan kepada perkataan yang diberi.
Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara:
(a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("...").
(b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah kiri sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata.
1 Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang, "mereka" menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini".
2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog.
3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ", "Aduh", "menyatakan sakit atau mengaduh" dan sebagainya.
4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak", "dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu".
5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan sebagainya boleh digunakan. Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur", lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang".
6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak", "satsat" untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong".
7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap.
8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.
9 Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.

Soalan Latihan

Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.

Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.


Jawapan


"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.
"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.
"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi.
"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.
"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu sahaja," beritahu Hazmi,
"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

1. Anda perlu menukarkan kata ganti diri,masa,dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam dialog. Kata ganti diri "saya"ditukar menjadi "dia","kami"menjadi "mereka","di sini"menjadi "di sana","masa ini"menjadi "masa itu".

2. Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan perbualan.

3. Kata seru (!) seperti cis, amboi, aduh dan sebagainya hendaklah ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat. Ccontoh: "Cis"- dengan marah,"Eh"- dengan hairan,"Aduh"- sambil mengerang kesakitan.

4. Struktur ayat perlu betul, pengolahan hendaklah baik mengikut susunan teks asal dan lancar.

5. Ayat perintah ditukat kepada frasa yang sesuai. Contoh: "Jangan" - melarang, "Sila masuk" - menjemput.

6. Penggunaan kata singkatan mesti ditukar kepada perkataan yang lengkap seperti "nak" menjadi "hendak", "mak" menjadi "emak", "dah" menjadi "sudah", "mau" menjadi "mahu".

7. Perkataan bahasa Arab seperti "alhamdulillah" ditukar kepada maksud ayat, iaitu "mengucap syukur".

8. Unsur-unsur slanga dan dialek hendaklah dibuang dan ditukar kepada bahasa baku, contohnya "jom" menjadi "mengajak", "satsat" menjadi "sebentar" dan "bergebang" menjadi "berbual kosong".

9. Jangan mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dan cakap pindah sekali gus.

10. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.



Latihan

Tukarkan petikan berikut ke dalam bentuk karangan biasa menggunakan cakap pindah.

Asmadi: Bila kaupulang dari luar negeri?
Maria: Dah seminggu dah, kau macam mana. Masih tinggal di kampung ni ke?
Asmadi: Begitulah, Maria, aku ni tak pandai macam kau. Jadi tempat aku di sini sajalah.
Maria: Tak apalah, Madi. Di mana-mana pun ada rezeki asalkan kita rajin. Lagipun aku dengar kau dah ada perniagaan sendiri sekarang.
Asmadi: Aku setuju dengan pandangan kau tu. Perniagaan aku tu, kecil-kecilan saja.
Maria: Baguslah, walaupun kecil aku bangga dengan usaha kau.
Asmadi: Terima kasih.

Skema Jawapan

Asamadi menanyakan Maria tentang kepulangannya dari luar negera. Maria menjelaskan bahawa sudah seminggu dia pulang. Maria seterusnya menanyakan khabar Asmadi serta ingin penjelasan sama ada dia masih tinggal di kampung itu atau tidak. Asmadi mengiakan sahaja pertanyaan Maria sambil dengan rendah diri mengakui bahawa dia tidak pandai seperti Maria, justeru kampunglah menjadi tempat tinggalnya. Walau bagaimanapun Maria memujuk Asmadi dengan mengatakan bahawa rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan mereka rajin. Maria juga menjelaskan bahawa dia tahu yang Asmadi kini telah mempunyai perniagaannya sendiri. Asmadi bersetuju dengan pendapat Maria itu dan menyatakan bahawa perniagaannya hanya secara kecil-kecilan. Maria memuji usaha Asmadi walaupun perniagaan cuma kecil-kecilan. Asmadi membalas pujian Maria dengan mengucapkan terima kasih.