10:22 AM -
RUMUSAN
No comments
FOKUS SPM 2011
RUMUSAN
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat
rumusan tentang kebaikan industri pelancongan kepada masyarakat desa dan
peranan kerajaan untuk memajukan industri ini. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Pelancongan ialah satu industri yang menguntungkan terutama bagi negara-negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, warisan silam, adat resam serta keindahan alam. Di Malaysia, kesemua ciri ini ada dalam kehidupan masyarakat desa. Hal ini demikian kerana majoritinya masih mengamalkan dan mempertahankan adat resam nenek moyang yang terdahulu. Di samping itu, cara hidup mereka juga masih lagi dipengaruhi oleh nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, bekerjasama selain mengamalkan cara hidup yang sederhana tanpa mementingkan diri sendiri.
Para pelancong yang ingin mengetahui suasana perkampungan yang sebenar dan ingin mengetahui cara memproses getah dan padi tidak ketinggalan menyertai program pelancongan industri desa (homestay). Program ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sosial ekonomi penduduk desa.
Selain daripada menghayati kehidupan di desa , para pelancong sudah tentu ingin menikmati keindahan alam semula jadi negara yang sememangnya kaya dengan flora dan fauna. Oleh yang demikian, pekerjaan sebagai pemandu pelancong dan artis-artis kesenian asli akan wujud dengan pesatnya. Manakala kegiatan pertukangan kayu, ukiran, tenunan, lakaran dan lain-lain akan berkembang menjadi satu perusahaan yang memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha desa.
Dari segi manfaat bukan berbentuk kewangan, industri pelancongan dapat membantu masyarakat desa membina keupayaan dan meningkatkan kemahiran. Penglibatan dalam pelbagai bidang seperti pemandu pelancong, pengusaha industri desa dan penyediaan perkhidmatan pelancongan akan dapat meningkatkan kemahiran mengurus projek, memantapkan bakat kepimpinan dan pengurusan kewangan yang lebih cekap.
Selain itu, pelancongan juga akan dapat membantu masyarakat desa mengekalkan warisan budaya dan adat resam yang mereka warisi sejak dahulu lagi. Jika segala warisan ini telah lenyap atau hanya boleh dirujuk melalui pembacaan buku-buku sejarah, tidak ada makna lagi para pelancong mengunjungi sesebuah komuniti kerajaan kerana yang mereka ingin lihat telah tidak ada lagi.
Kunjungan kerap para pelancong juga dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan di desa. Kerajaan tentu tidak mahu imej negara tercalar disebabkan keadaan yang disediakan di tempat tumpuan pelancong tidak berada pada tahap memuaskan. Hal ini secara tidak langsung memberi kebaikan dari segi peningkatan keselesaan kehidupan masyarakat luar bandar.
Seterusnya, pelancong juga dapat membantu menjamin alam sekitar serta flora dan fauna di desa terpelihara. Siapa mahu ke Kuala Selangor lagi jika kunang-kunang di sana pupus dek kerakusan manusia? Selain itu, penduduk desa akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka dengan menunjukkan industri herba yang sumber semula jadinya diperoleh dari hutan yang berhampiran. Dari segi kesihatan pula, penduduk desa akan lebih terjamin kesihatan mereka kerana kurang terdedah kepada pencemaran alam sekitar akibat daripada diratah pembangunan.
Sememangnya industri pelancongan dapat menyumbang kepada peningkatan sosial ekonomi penduduk desa , namun penduduk perlu memastikan apa yang ingin mereka persembahkan kepada pelancong adalah suatu yang asli, bermoral dan selaras dengan kehendak mereka.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘”Pelancongan Desa”, Misi 2007)
(i) Apakah maksud rangkai kata pupus dek kerakusan manusia? [2 markah]
(ii) Bagaimanakah industri pelancongan dapat menambahkan pendapatan penduduk desa ?[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah factor-faktor yang boleh menjejaskan industri pelancongan di
sesebuah negara. [4markah]
Praktis 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang tanggungjawab rakyat untuk mengisi kemerdekaan dan kesan jika masyarakat tidak menghargai kemerdekaan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dalam merintis kegemilangan kejayaan negara, kita tidak seharusnya melupakan terus sejarah awal kemerdekaan tanah air. Hanya dengan mengimbas kembali sejarah, generasi muda akan mengerti betapa sukar dan payahnya pejuang terdahulu mengharungi ranjau dan duri demi mengecap dan memelihara kemerdekaan. Peringatan kemerdekaan negara pada setiap tahun sewajarnya memberikan makna dan bukannya sekadar mengenang bahawa 50 tahun lalu Malaysia telah merdeka. Sebagai anak bangsa, kita harus sedar bahawa tempoh 50 tahun merdeka bukanlah masa yang singkat. Oleh sebab itu, salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan ialah rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka adalah dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baharu yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab untuk menyerlahkan semangat patriotik dengan memelihara dan meneruskan kegemilangan usaha-usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu. Negara Malaysia ini kecil bukan saja dari segi saiz tetapi juga dari segi sumber yang ada termasuklah sumber manusia. Oleh itu, untuk berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain, negara perlu membangun dan memanfaatkan sumber manusia yang sedia ada di negara ini sebaik mungkin.
Kesenangan hidup yang dinikmati oleh generasi muda dalam sesebuah negara yang sudah merdeka tanpa melalui jerih penderitaan pada zaman penjajahan melekakan mereka sehingga kurang menghayati erti sebenar kemerdekaan yang dikecapi. Oleh itu, erti kemerdekaan, rasa cinta akan negara dan pembentukan jati diri bangsa perlu ditanamkan dalam diri semua orang sepanjang masa di semua peringkat. Generasi muda juga perlu diberi kesedaran bahawa walaupun negara berada dalam keadaan yang aman dan selamat, namun masih sentiasa terdedah kepada ancaman musuh dari luar negara. Oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Sesungguhnya dengan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan 2007 ini diharapkan dapat menyuntik semangat baharu kepada seluruh rakyat negara ini. Semua rakyat harus insaf dan mengambil iktibar dengan penderitaan yang dialami dan dilalui oleh ibu bapa dan datuk nenek pada zaman penjajahan asing. Kebebasan dan kemerdekaan yang dinikmati selama ini hendaklah dipelihara dengan bersungguh-sungguh. Semangat cinta akan negara yang kuat tertanam dalam hati pejuang kemerdekaan wajar dicontohi oleh para remaja. Mudahan-mudahan menjelang tahun 2057 kelak, iaitu ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-100, pewaris negara akan terus menikmati sebuah negara yang berdaulat, maju dan terus berjaya.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Mensyukuri Dan Mengisi Kemerdekaan, Dewan Siswa, Ogos 2007)
(i) Apakah maksud rangkai kata tanpa melalui jerih penderitaan pada zaman penjajahan melekakan mereka ? [2 markah]
(ii) Nyatakan kebaikan masyarakat yang berjiwa merdeka ? [3 markah]
(iii) Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan contoh kejayaan rakyat Malaysia berpaksikan semangat “Malaysia Boleh”. [4 markah]
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha memperkasakan bidang kokurikulum dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat sekaligus menjadi teras bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehan murid mencapai kecemerlangan yang seimbang dalam kedua-dua bidang tersebut.
Selain bidang kurikulum, bidang kokurikulum juga sangat penting sebagai wadah yang paling berkesan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Memandangkan bidang kokurikulum mempunyai pelbagai faedah kepada individu, masyarakat dan Negara, perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan dan memantapkan pelaksanaan kokurikulum sekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia wajar mendapat sokongan daripada semua pihak. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan RM 14.1 juta bagi melaksanakan pelbagai program kokurikulum di lebih 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Mulai tahun 2007, peruntukan tambahan sebanyak RM 420,000 turut disediakan untuk melatih guru dalam bidang berkenaan melalui Program Latihan dalam Perkhidmatan. Selain itu, kerajaan juga telah meningkatkan prasarana dan peralatan sukan di Pusat Sukan Daerah dan Negeri serta memperluas dan meningkatkan aktiviti sukan di sekolah. Program Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) juga akan dipergiat lagi bagi menggalakkan aktiviti sukan dan kokurikulum antara sekolah bagi memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum.
Selain itu, Kabinet juga telah bersetuju untuk melaksanakan kembali pendekatan berasaskan prinsip meritokrasi iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum sebagai prasyarat untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Penilaian aktiviti kokurikulum ini berdasarkan kepada empat komponen iaitu permainan dan sukan, kelab dan persatuan, pasukan unit beruniform dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Kegiatan kokurikulum juga perlu diperluas dari segi fungsinya bagi menyuntik semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana minat untuk mendalami bidang keusahawanan amat berkurang kerana hampir tiada usaha untuk memupuk elemen tersebut dalam kegiatan kokurikulum. Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya kegiatan koperasi dijadikan sebagai satu daripada aktiviti kokurikulum di sekolah memang tepat pada masanya. Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius saranan ini supaya lebih banyak pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang turut menuntut semangat tolong–menolong ini.
Hal ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan generasi yang menguasai kemahiran berniaga bagi memastikan ekonomi negara dipacu oleh rakyat negara ini sendiri serta mengurangkan kebergantungan terhadap kemahiran orang asing.
Secara tuntasnya, kepentingan kegiatan kokurikulum memang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu, Kabinet telah meluluskan peruntukan tambahan bagi menampung peningkatan kos pembiayaan aktiviti kokurikulum dan telah diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada sekolah. Peruntukan berkenaan membabitkan pecahan RM 10 bagi setiap murid sekolah rendah manakala RM 12 bagi murid sekolah menengah. Kita hendaklah menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sistem pendidikan negara tidak lagi berorientasikan peperiksaan semata-mata sebaliknya turut memberikan penekanan kepada aktiviti kokurikulum.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana“Memperkasakan Bidang Kokurikulum “, Dewan Siswa, Julai 2007)
(i) Apakah maksud rangkai kata wadah yang paling berkesan merealisasikan ? 2 markah]
(ii) Mengapakah kerajaan menggalakkan murid-murid sekolah melibatkan diri dengan koperasi? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kegiatan kokurikulum dapat melahirkan murid cergas, berdisiplin dan bertanggungjawab ? [4 markah]
Praktis 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan pemanasan global dan peranan Malaysia untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Terik panas matahari di negara ini tidak seperti dahulu. Panasnya bukan setakat membahang tetapi lebih daripada itu. Akibatnya, kerap kali pada musim kemarau, kerajaan terpaksa melakukan catuan air. Apabila negara ini mengalami hujan pila, seringkali hujan turun dengan lebatnya berpanjangan dan disusuli dengan ribut petir hingga mengakibatkan banjir dan bencana alam lain. Semua ini adalah natijah yang diterima jika sindrom tidak mengambil berat terhadap alam sekitar berterusan. Bumi, walaupun ‘membenarkan’ manusia melakukan apa-apa sahaja terhadap ‘dirinya’ tidak pernah lupa meninggalkan kesan yang tidak dijangka seperti pemanasana global.
Kesan pemanasan global telah menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dunia di luar jangka sehingga memeningkan kepala pakar-pakar kaji cuaca. Misalnya, benua Eropah biasanya dikaitkan dengan cuaca sejuk manakala benua Afrika dikaitkan dengan cuaca panas, tetapi senario tersebut berubah sekarang. Benua Afrika dilaporkan menerima kehadiran salji pada tahun lalu dan pada masa yang sama di Paris dan Perancis, 29 orang maut akibat panas melampau.
Pemanasan global bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi juga nyawa manusia selain mengundang pelbagai penyakit berbahaya. Contohnya, Afrika yang diletakkan dalam keadaan paling berbahaya menyaksikan kira-kira 800 juta rakyatnya diancam oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, banjir, musim sejuk serta kebuluran.
Laporan PBB juga menganggarkan sebanyak 25-40 peratus spesies flora dan fauna di dunia kehilangan habitat akibat pemanasan global. Bukan itu sahaja, pemanasan melampau telah mengakibatkan tumbesaran tanaman terganggu dan sekali lagi manusia terpaksa menanggung kerugian.
Penyakit yang sering menyerang manusia disebabkan kesan pemanasan global ialah katarak mata dan kanser kulit. Malah perubahan cuaca yang ekstrim kesan daripada pemanasan global menyebabkan pertambahan kes penyakit yang berkaitan dengan vektor seperti malaria dan denggi. Hal ini demikian kerana kitaran hidup nyamuk dipengaruhi oleh faktor tersebut.
Bagi Pengarah Pusat Perubahan Cuaca Universiti Malaya, Profesor Khairul Mani Osman Salleh, pemanasan global menyebabkan berlaku perubahan pada tabiat alam. Kemusnahan hutan akibat pembangunan melampau menyebabkan flora yang menjadi sumber oksigen dan perangkap karbon dioksida gagal melaksanakan peranannya. Gas yang dikeluarkan menerusi aktiviti ini akhirnya memudaratkan manusia sendiri. Kegiatan pembangunan tidak terkawal untuk tujuan komersial mempercepatkan proses ini sehingga mengundang kejadian seperti tanah runtuh dan banjir lumpur.
Hakikatnya alam tidak mengenal sempadan. Begitu juga dengan bencana alam dan malapetaka. Fenomena pemanasan global ini menuntut manusia mengubah cara hidup. Manusia tidak seharusnya leka dengan keselesaan cara hidup sekarang. Sumbangan yang dilakukan oleh manusia mampu melambatkan usia kemusnahan bumi.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Pemanasan Global , Berakhirnya Bumi? “, Dewan Masyarakat, Julai 2007)
(i) Apakah maksud rangkai kata mampu melambatkan usia kemusnahan bumi? [2markah]
(ii) Nyatakan kesan pembangunan yang melampau kepada alam. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah berlakunya pemanasan global di Malaysia ? 4 amarkah]
Praktis 5
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang saranan-saranan untuk memajukan ekopelancongan dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Ekopelancongan merupakan satu cabang aktiviti pelancongan yang semakin popular dan seringkali dikaitkan dengan keindahan alam semula jadi. Walaupun alam sekitar ialah pemacu utama ekopelancongan, namun aspek-aspek budaya dan penyertaan penduduk setempat turut menjadi fokus utama bidang pelancongan. Secara idealnya, ekopelancongan seharusnya mempunyai ciri-ciri pemulihan kepelbagaian biologi dan budaya melalui kawalan ekosistem serta menggalakkan penggunaan biodiversiti yang mampan. Selain itu, ekopelancongan juga mestilah menekankan kepada ciri-ciri meminimumkan kesan-kesan alam sekitar akibat aktiviti pelancongan. Hal ini termasuklah mengurangkan pembaziran dan penghasilan sisa akibat gaya hidup dan pengurusan yang mewah dalam bidang ini.
Dari segi sejarahnya, konsep ekopelancongan ini bermula pada lewat tahun 80-an dan semakin meningkat popularitinya pada tahun 2002 apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun tersebut sebagai Tahun Ekopelancongan Antarabangsa. Bagi Malaysia, konsep ekopelacongan ini masih dianggap baru. Walau bagaimanapun konsep ini dianggap sesuai digunakan di negara ini kerana Malaysia kaya dengan keindahan alam semula jadi.
Promosi ekopelancongan untuk menarik pelancong dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara memang wajar dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia sendiri telah memperkenalkan Program Industri Desa yang secara khususnya untuk meningkatkan penyertaan penduduk luar bandar dalam kegiatan ekopelancongan. Usaha ini telah memberikan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan sampingan penduduk luar bandar.
Sensitiviti masyarakat terhadap kesan pelancongan semula jadi sangat penting kerana sesetengah tempat pelancongan itu sangat sensitif kepada aktiviti manusia. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memelihara kawasan tersebut daripada sebarang kesan aktiviti pelancongan, namun kadangkala usaha ini gagal kerana kesan tersebut terlalu ‘rapuh’ dan mudah terjejas dengan aktiviti manusia.
Dalam masa yang sama juga, kebanyakan pelancong yang datang sangat memberikan perhatian kepada usaha kerajaan untuk menjaga alam sekitar. Hal ini demikian kerana mereka datang untuk mempelajari atau mengetahui budaya dan keindahan alam semula jadi di sesebuah tempat. Oleh itu, mereka amat menghargai jika pemilik hotel, pengangkutan dan sebagainya memberikan perhatian kepada penjagaan alam sekitar. Jika berpuas hati, hal ini pasti menjadi ingatan dan akan diceritakan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Tuntasnya, sebagai sebuah negara yang kaya dengan alam semula jadi, ekopelancongan yang cuba dicapai boleh berjaya jika semua pihak berusaha mencapainya. Jika tidak, usaha ini akan menjadi sia-sia dan akhirnya akan menjadi mangsa kepada aktiviti atau industri pelancongan itu sendiri.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Ekopelancongan dan Masa Depannya “, Dewan Siswa, Julai 2007)
(i) Apakah maksud rangkai kata sensitiviti masyarakat ? 2 markah]
(ii) Nyatakan kebaikan ekopelancongan kepada masyarakat dan negara. 3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia? [4 markah]

0 comments:
Post a Comment