3:53 AM -
KEMBARA AMIRA
No comments
Bab 7,8,9,10
KEMBARA
AMIRA BAB 7
Malique berasa bosan kerana terpaksa
menemani O'Hara mengadakn perbincangan dengan pelabur emas di Pulau Pinang,
sedangkan dia tidak dibenarkan bersuara. Rungutan malique disambut oleh O'Hara
yang mengatakan Malique berpeluang memperoleh banyak maklumat untuk
perjuangannya menyelamatkan hutan. Pengalaman O'hara hampir membunuh orang di
sebuah ladang opal di tengah Australia hingga meninggalkan parut di tepi
matanya memancing perhatian Malique. Daripada buruh biasa, O'hara kini menjadi prospector
upahan mengesan emas, dan Malique pembantu memasukkan data dalam internet.
Percubaan Malique untuk mencungkil hubungan O'hara dengan ibunya gagal.
Sementara itu, dalam perjalanan menuruni cerun berliku-liku Pak Lias yang
memandu kenderaan pacuan empat roda seakan-akan tidak senang dengan cara
Profesor Zaidah melayan Amira, terutana ketika dalam proses pulih daripada
lemas. Prof. Zaidah menjelaskan dia lebih pentingkan hal Jacinta, selain
tertekan dengan saingan yang dihadapi dalam ekspedisi arkeologi kali ini. Prof.
Zaidah cuba mengalih tajuk dengan bertanyakan hal keluarga Pak Lias yang
ditinggalkan di kampung. Ketika bercakap tentang barang-barang yang hendak
diperiksa di stesen kereta api Dahan Hijau, tiba-tiba kenderaan mereka tidak
dapat dikawal. Pak Lias terpaksa mengambil risiko menghimpit tebing curam
sebelah diri yang disertai hentaman yang kuat, serta jeritan Prof. Zaidah...
KEMBARA
AMIRA BAB 8
Sinopsis
Ludin mahu adiknya Tau melupakan peristiwa Ipah (isterinya)
meninggalkan hutan dengan membawa sama anak mereka, Sabi tetapi meninggalkan
Itai. Tau tetap dengan pendirian kekerasannya dan memencil diri di kawasan
hutan, bukan di perkampungan. Itai dijaga oleh Ludin, tetapi berguru dengan
ayah kandungnya Tau (belum diketahuinya). Ludin mahu Itai menggantikan
tempatnya sebagai ketua kampung. Perguruan Itai tentang ilmu keturunan mereka
telah tamat. Tau sangat senang bercerita tentang Itai. Sementara itu, Amira
berasa lega justeru Jacinta sudah mula pulih dengan cuba bangun. Demi Jacinta
menyifatkan peristiwa yang menimpanya sebagai cabaran, Amira ketawa mengusik.
Apabila Jacinta kononnya enggan menghirup sup, Amira menggunakan nama Dr.
Zawawi hingga Jacinta merampas semula mangkuk sup. Tiba-tiba Itai bersendirian,
muncul bersekali buah-buahan hutan, lalu diperkenalkan kepada Jacinta.
Kepetahan Itai dan cara bercakapnya menunjukkan dia murid pintar. Apabila Amira
membangkitkan kemungkinan penemuan emas di kawasan hutan itu, Itai berasa kaget
kerana baginya itu rahsia hutan. Dengan bantuan ensiklopedia di dalam komputer
ribanya, Amira dapat memberi alasan yang kuat tentang kajian arkeologi ibunya
yang bakal menyelamatkan hutan dan juga budaya kaum Itai. Tiba-tiba Rusdi
muncul dengan berita Prof. Zaidah kemalangan...
KEMBARA
AMIRA BAB 9
Sinopsis
Prof. Zaidah merasakan bahawa dengan
tangan kirinya yang berbalut, kerja cari gali arkeologi akan menjadi perlahan.
Peristiwa kenderaan pacuan empat roda yang gagal dikawal akibat masalah brek
menghantuinya. Pak Lias terpaksa menghimpit ke tebing kanan kerana sebelah
kirinya gaung yang dalam.Bongkah batu bertaburan dan pokok yang menjulur
menghentam tangan kiri Prof. Zaidah. Kereta tersadai di dasar sungai sedalam
satu meter. Dalam keadaan kereta bergerak diasak arus, Pak Lias akhirnya
berjaya menyelamatkan Prof. Zaidah yang pengsan. Amira memberitahu Pak Lias
cuma luka-luka kecil dan berehat di khemahnya. Tiba-tiba air mata Prof. Zaidah
bergenangan dan terus memeluk Amira, diserta Jacinta. Prof. Zaidah memohon
maaf justeru mendahulukan tugas daripada keselamatan mereka berdua.
Cadangan spontan Dr. Zawawi supaya projek ditangguhkan seketika mengejutkan
Prof. Zaidah yang baharu kembali bersemangat. Dr. Zawawi menebak bahawa
kemalangan yang menimpa Amira, JC dan Prof. Zaidah sebagai berkaitan dan
mungkin telah dirancang. Amira juga membantah, sambil merenung tajam
Jacinta yang membuka rahsia tujuan mereka ke Air Terjun Angin sebelumnya.
Ketika perbincangan sedang hangat masuk Rusdi yang melegakan Prof. Zaidah
apabila mengatakan bahawa semua pelajar menganggap kemalangan sebagai
lumrah, dan mereka bersedia meneruskan projek. Dr. Zawawi mengalah, tetapi
berharap kemalangan itu sebagai peristiwa terakhir yang mengganggu projek. Tidak
lama selepas itu, Dr. zawawi kembali ke khemah bersama-sama Ludin yang mahu
memeriksa tangan Prof. Zaidah. Setelah itu, Ludin dan Itai keluar mencari
buluh, daun dan bungkusan kecil sebagai ramuan ubat...
KAJIAN
BAB 10 KEMBARA AMIRA
Sinopsis
Seiba di stesen kereta api dari
Pulau Pinang, Malique menunggu Roslan, pemandu yang disenanginya. Roslan, bekas
pemandu lori balak memilih bekerja di hutan kerana sebagai anak tunggal, dia
mahu menjaga emaknya. Malique pula terpaksa mengikut O'Hara atas desakan
ibunya, namun hatinya berasa terikat dengan hutan itu, walaupun sukar baginya
menerima O'Hara. Sedang Malique memikirkan notebook yang baru dibeli,
muncul Roslan dengan berita pergaduhan 3 orang pekerja akibat mabuk,dan judi
semasa ketua pekerja Ah Chin yang mengambil kesempatan berburu sepanjang
ketiadaan O'Hara. Malique dilarang berkawan dengan mereka, malah itulah sebab
O'Hara mahu Malique mengikutnya. Roslan juga menceritakan peristiwa kemalangan
Amira, JC, Pak Lias dan Prof. Zaidah. Malique terkejut dengan tujuan Amira
hendak berjumpa dengannya hingga membahayakan nyawa sendiri. Sementara itu, di
Desa Karpus, Amira cuba mengorek rahsia ramuan ubat yang digunakan Ludin untuk
ibunya, tetapi Itai lebih berminat dengan ensiklopedia di dalam notebook.
Namun, penjelasan Itai tentang rahsia herba membuatkan Amira mengingat semula
bahawa mereka pernah bertanding dalam Pameran Saintis Muda 2002. Itai mendapat
tempat kedua dengan projek herba, menewaskan pasukan Amira dan Jacinta.
Tiba-tiba Itai mencadangkan pencarian maklumat tentang emas kerana dia tahu
lokasinya di hutan itu...
0 comments:
Post a Comment