8:33 AM -
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU
No comments
Seloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
MAKSUD
Sikap
Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda.
Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak
tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun
ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala
yang dimiliki.
TEMA
Sikap
negatif menyebabkan kerugian
PERSOALAN
1.
Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian
2.
Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.
3.
Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada.
BENTUK
1.
Mempunyai satu rangkap sahaja.
2.
Mempunyai 12 baris.
3.
Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris.
Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11)
Ada kuat tiada buat (4 perkataan – baris 10)
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan – baris 1)
GAYA BAHASA
1.
Anafora
Contoh:
Ada rumah
tidak dijaga,
Ada anak
tidak dilataih
2.
Repitisi
Contoh:
Biarkan...biarkan
3.
Unsur bunyi
Contoh:
Asonansi – Ada mata tiada kuasa (baris 9) (pengulangan vokal ‘a’)
Aliterasi – Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya (baris 12) (pengulangan konsonan
‘n’)
NILAI
1.
Nilai bertanggungjawab.
Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
2.
Nilai kebijaksanaan
Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja.
PENGAJARAN
1.
Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya.
2.
Kita hendaklah bijak menggunakan akal.
3.
Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.
LATIHAN
1.
Gambarkan sikap Si Luncai seperti dalam Seloka Si Luncai.
2.
Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada Seloka Si Luncai.
JAWAPAN
1.
Si Luncai seorang yang tidak bertanggungjawab dan pemalas.
2.
Kita hendaklah menjadi manusia yang bertanggungjawab.Kita juga mestilah rajin
mengusahakan tanah.
0 comments:
Post a Comment