6:25 AM -
NOVEL AZFA HANANI
No comments
ANALISIS NOVEL AZFA HANANI
PERSOALAN
i. Persoalan ketaatan kepada
agama, Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al – Quran kepada arwah ibu
bapanya .
ii. Persoalan ketabahan
seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau. Azfa Hanani
dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku
– liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya.
iii. Persoalan keberanian
menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun tetap
berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya.
iv. Persoalan kegigihan
menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal
daripada keluarga miskin dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa
depan keluarga dan hidupnya.
v. Persoalan sikap
mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku
Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka
memandang hina terhadap Azfa Hanani. Rakan-rakan Azfa Hanani juga memandang
rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.
vi. Persoalan kasih sayang
seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni /
Azfa Hanani.
PLOT
Secara keseluruhannya plot
drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
i. Permulaan
Pada peringkat permulaan
cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut
setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di
perpustakaan telah dikenal pasti dan akan dirangkap, Dia kemudiannya dipanggil
ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh Tengku Mazran
dan Kak Syafinaz. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku
Murni iaitu adiknya yang terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan
masa depan persekolahannya serta peluang untuk membantu sepupunya, Zuraini
mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran Tengku Mazran.
ii. Perkembangan
Pada peringkat perkembangan,
Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara bertutur, makan, dan
bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya
memainkan peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke
Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani telah berkenalan
dengan Tengku Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain seperti
Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum
Remaja sekolahnya.
iii. Konflik
Cerita sampai pada peringkat
perumitan apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah daripada Ekran ketika
majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran
untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni. Ekran
mengaku bahawa hubungannya dengan Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak
disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar.
iv. Klimaks
Klimaks cerita ini ialah
apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu Tengku
Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.
Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar didengar oleh Datin
Maziah. Rahsia penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu
marah kerana telah ditipu selama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya
keluar dari banglo tersebut.
v. Peleraian
Pada pengakhiran cerita, Datuk
Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan teksi yang dinaiki
oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16 tahun yang lalu
menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku Datuk Makmur
dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk. Pasukan Forum
Remaja. Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan
peringkat negeri dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum Remaja
Terbaik. Azfa Hanani juga telah mengetahui identiti sebenar Ekran dan berjaya
mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Azfa Hanani
- Gadis cantik dan berwajah lembut serta penyayang.
- Remaja berusia 17 belas tahun yang kematian kedua-dua orang tuanya.
- Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan.
- Lemah dalam subjek bahasa Inggeris.
- Baik hati dan sanggup berkorban.
- Tabah mengharungi dugaan hidup.
- Mengenang budi.
- Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah tekanan perasaan.
Watak Sampingan
Datin Maziah
- Isteri kepada Tengku Datuk Makmur.
- Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran, Tengku Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.
- Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni.
- Tertekan sebagai akihat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.
- Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang gadis muda.
Tengku Murni
- Anak perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah.
- Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani.
- Anak yang taat kepada orang tuanya.
- Dia begitu manja dengan ibunya.
- Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.
- Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya, Tengku Muzaffar.
Tengku Muzaffar
- Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
- Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang – undang
- Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya
- Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani
Datuk Tengku Makmur
- Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan
- Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang wanita muda
- Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani
- Seorang yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah mengetahui identiti sebenarnya.
Latar
Latar Tempat
- Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya
- mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu.
- Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan.
- Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi.
- Di banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur. Azfa Hanani akhirnya menetap di banglo ini.
- Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.
Latar Masa
- Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah.
- Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.
- Pada waktu petang. Contohnya. semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17.
- Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah.
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta kelangsungan masa depannya. Contohnya, Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan.
- Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin.
- Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima Kenanga.
- Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.
- Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menelamatkan seseorang daripada menghadapi tekanan jiwa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak perempuan tunggalnya.
Teknik Penulisan
1. Pemerian
Pengarang memerihalkan
perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin Maziah.Contohnya ,
Begitu, aku terasa seperti berjalan di awang-awangan semasa mula- mula tiba di
situ. Banglo itu terlalu besar,berganda – ganda kalau mahu dibandingkan dengan
teratak buruk yang pernah kuhuni.
2. Dialog
Dialog antara Azfa Hanani
dengan Ekran.Contohnya, “Saya nak Tanya satu pekara lagi. Abang Mus datang ke
mari ni… ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke ?” “ Saya tak
perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu, cukuplah,”
jawab Ekran .
3. Imbas Kembali
Afza Hanani teringat akan pak
long, mak long, dan sepupu- sepupunya di kampung.Contohnya “Masakan mama memang
sedap,” Aku menokok bersahaja kerana wajah Zahidin melintas di ruang mata.Dia
akan kecur liur kalau sesekali mak long menggoreng ayam.dia akan makan nasi
dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratah ayam goreng selepas itu.
4. Suspens
Ketika Syafinaz memberitahu
Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun
menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar- debar semasa menuruni anak tangga.
Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa
Hanani buat kali pertama.
Gaya Bahasa
i. Peribahasa. Contohnya, cempedak
menjadi nangka, hidung tinggi, beraja di mata, bersultan di hati, melukut di
tepi gantang, rusa masuk kampong, kais pagi makan pagi kais petang makan
petang, serkap jarang, panjang tangan dan ke manalah tumpahnya kuah kalau tidak
ke nasi .
ii. Penggunaan bahasa
Inggeris. Contoh, problem, special boyfriend, We go straight to the point.
iii. Simile. Contohnya, Mereka
bagaikan kembar, dia seperti juara semasa perlumbaan motosikal 500 cc dunia,
tapak kakiku seperti melekat di lantai simen dan aku umpama peragawati apabila
diminta bergaya seperti Murni
iv. Sinkope. Contohnya, ku,
ni, tu, tak, nak.
v. Metafora. Contohnya pintu
ilmu, batas kemelut
vi. Penggunaan bahasa Arab .
Contohnya Insya – Allah , Alhamdulillah
Nilai
i. Nilai pengorbanan.
Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran
untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua pihak
termasuklah keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk Tengku Makmur.
ii. Nilai kegigihan dan tidak
mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani berasal daripada keluarga
miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak
meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar demi masa
depannya dan keluarga pak longnya.
iii. Nilai kasih sayang.
Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa Hanani. Dia begitu
menyayangi anak gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani menaiki has ke
sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.
iv. Nilai kerajinan.
Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang dengan tujuan
mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala
teori yang telah dipelajarinya di sekolah.
v. Nilai kesyukuran.
Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat berjalan
semula selepas mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga
angkatnya.
Pengajaran
i. Kita hendaklah berkorban
demi kebahagiaan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran
Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata
kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.
ii. Dalam usaha untuk mencapai
kejayaan kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Contohnya,
Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin
melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.
iii. Kita janganlah bersikap
sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada. Contohnya, Tengku Muzaffar tidak
dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka
Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana
sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.
iv. Kita hendaklah bersedia
membantu orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Abang Mazran bersusah
payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini
dapat berjalan semula.
v. Kita hendaklah sentiasa
bersikap sederhana dan merendah diri. Contohnya, Azfa Hanani sentiasa
bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang
elit dan berada.
vi. Kita hendaklah sedar akan
asal usul kita. Contohnya, Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang
datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia
tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin