8:30 AM -
KEMBARA AMIRA
No comments
BAB SATU
Peristiwa 1
Amira mengimbas kembali kejayaannya
memancing perhatian Jacinta supaya ikut serta dalam ekspedisi arkeologi pelajar
tahun akhir sebuah universiti seliaan ibunya. Amira menggunakan minat (obses)
Jacintha terhadap batu kuarza.
Watak: Amira
Perwatakan: Bijak / prihatin / peka
Latar masyarakat: Masyarakat
yang bijak / prihatin / peka
Nilai: Kebijaksanaan /
keprihatinan / kepekaan
Persoalan: Kebijaksanaan /
keprihatinan / kepekaan terhadap minat orang lain
Pengajaran: Kita hendaklah
peka / prihatin / bijak memahami minat / kecenderungan orang lain
Peristiwa 2
Amira menggunakan kemudahan akses internet (jalur lebar) tanpa wayar di dalam koc / gerabak kereta api untuk berutus e-mel dan mengemas kini laman sesawang (web) milik ibunya.
Perwatakan: Bijak (memenuhi masa) / tidak suka membuang masa
Latar masyarakat: Masyarakat yang bijak menggunakan masa luang
Nilai: Kesungguhan / kebijaksanaan
Persoalan: Kebijaksanaan dalam menggunakan masa terluang
Pengajaran: Kita hendaklah bijak menggunakan masa terluang / kita janganlah suka membuang masa
Peristiwa 3
Dr. Zawawi bergegas ke khemah pelajar bagi menyelamatkan tapak cari gali arkeologi. Jika terlambat, tapak-tapak berkenaan mungkin rosak akibat hujan lebat secara tiba-tiba itu.
Watak: Dr. zawawi
Perwatakan: Cekap / pantas / tangkas
Latar masyarakat: Masyarakat yang cekap / pantas / tangkas
Nilai: Kecekapan / kepantasan / ketangkasan
Persoalan: Kecekapan / kepantasan / ketangkasan dalam bertindak
Pengajaran: Kita hendaklah cekap / pantas / tangkas dalam sesuatu tindakan yang penting.
Peristiwa 4
Profesor Zaidah telah menjangka peristiwa tali khemah diputuskan kerana berlaku persaingan di hutan. Namun, beliau cuba menyembunyikan perkara itu supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar terhadap kerja-kerja cari gali arkeeologi.
Watak: Profesor Zaidah / ibu Amira
Perwatakan: Berpandangan jauh / tegas
Latar masyarakat: Masyarakat yang berpandangan jauh
Nilai: Kebijaksaan / kepekaan / keprihatinan / ketegasan
Persoalan: Kebijaksanaan / keprihatinan / kepekaan / ketegasan dalam membuat keputusan
Pengajaran: Kita hendaklah bijak / peka / prihatin / tegas dalam membuat keputusan
Peristiwa 5
Malique menunda hasratnya untuk mengenali lelaki yang ditemaninya meredah hutan pada tengah malam buta. Dia menunggu masa yang sesuai kerana pemergiannya pun semata-mata kerana didesak oleh ibunya.
Watak: Malique
Perwatakan: Berhati-hati / Teliti
Latar masyarakat: Masyarakat yang berhati-hati / teliti
Nilai: Ketelitian
Persoalan: Ketelitian dalam bertindak
Pengajaran: Kita hendaklah berhati-hati / teliti sebelum bertindak
0 comments:
Post a Comment