9:06 AM -
RANGSANGAN
No comments
KEMERDEKAAN
Gambarajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada sambutan kemerdekaan negara. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara pada setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan
Rangka
Karangan
Pendahuluan
• Hari ulang tahun kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun mempunyai banyak kepentingannya
Isi-isi (Sudah disediakan dalam bahan rangsangan)
• Memupuk semangat patriotik
• Memupuk perpaduan kaum
• Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan
Penutup
• Hari ulang tahun kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat
Karangan Contoh
Pendahuluan
• Hari ulang tahun kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun mempunyai banyak kepentingannya
Isi-isi (Sudah disediakan dalam bahan rangsangan)
• Memupuk semangat patriotik
• Memupuk perpaduan kaum
• Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan
Penutup
• Hari ulang tahun kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat
Karangan Contoh
Hari
ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan
dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran
negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan
negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun
kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang
bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari
tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan
mengerti dan menghayati kebaikannya.
Kebaikan
sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat
patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun
kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah
dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu
akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui
penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau
menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.
Selain
itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk
perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara
kita akan bekerjasama dan berganding bahu
dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum,
seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam
sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum
dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan
negara.
Melalui
sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang
jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan
serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu.
Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain,
semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Dengan cara itu, sebagai rakyat
negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara
kita sampai bila-bila.
Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh
semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah
menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang
mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah
pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun
kemerdekaan negara.
DAPATAN: http://khirkassim.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment